logo-kkjeli

Logo Icons

Khamis, 23rd Mei 2019/12:41:42 Petang

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum, Salam Sejahtera dan Salam 1Malaysia,

Selamat datang ke laman web Kolej Komuniti Jeli Anda pengunjung seumpama seorang pelancong yang datang melawat tempat kami secara maya. Kunjungan anda ke tempat kami amatlah saya alu-alukan dan saya ingin anda disambut dan diraikan dengan mesra dan selesa serta dijamu dengan hidangan yang segar dan menyelerakan.

Eksplorasilah dengan bebas dalam taman-taman web kami yang penuh berinformasi ini. Silakanlah berikan cadangan dan komen jika ada supaya kami dapat membuat penambahbaikan dari masa ke semasa demi untuk kebaikan dan kemajuan ICT. Kami sangat-sangat menghargai teguran-teguran anda.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua individu yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam merangka, membina dan menyemai taman-taman web Kolej Komuniti jeli. Usaha-usaha anda amat saya sanjungi dan semoga laman web ini sentiasa dikemas kini supaya ianya menjadi satu sumber pengkayaan maklumat untuk dirujuk oleh semua ahli komuniti.

Ribuan terima kasih juga kepada anda pengunjung, pelawat dan pengguna di atas kesudian melewati taman-taman web kami.

Kongsi Artikel Ini

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google BookmarksSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
QR Code

MESRA MOBILE

Imbas Kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk capaian mobile.