logo-kkjeli

Logo Icons

Khamis, 23rd Mei 2019/12:40:23 Petang

Unit Fesyen & Pakaian

Pengenalan :

Kursus ini memfokus kepada kreativiti dan teknik pembuatan pakaian. Ia juga memberi penekanan kepada tekstil dan keusahawanan. Modul ini ditawarkan di tiga peringkat untuk memberi pendedahan kepada pelajar dari sudut pemahaman mengenai daya intelektual dan artistik (seni) yang menentukan rekaan fesyen dan pakaian di pasaran tempatan dan antarabangsa. Sekiranya pelajar ingin menjadi pereka fesyen atau pengusaha fesyen adalah mustahak untuk pelajar memahami produk pakaian bukan sahaja dari sudut rekaan, tetapi juga pemahaman mengenai faktor teknikal yang menentukan harga dan potensi di pasaran.

Kursus ini dijalankan bagi memenuhi keperluan untuk melanjutkan pengajian di bidang fesyen dan pakaian, dengan meliputi pelbagai bentuk kemahiran yang diingini oleh pengusaha fesyen. Modul- modul dalam kursus ini juga boleh diambil oleh mereka yang inginkan kemahiran tertentu atau semata- mata untuk memenuhi masa lapang. Pelbagai bentuk kemahiran dapat diperolehi dengan kerjasama di dalam aktiviti – aktiviti studio yang dijalankan.

Fungsi Unit Fesyen & Pakaian :

  1. Melahirkan individu yang mempunyai kemahiran asas terutamanya dalam teknik pembuatan pakaian dan kreativiti dalam merekacipta.
  2. Program ini dapat memenuhi keperluan untuk melanjutkan pengajian di bidang fesyen dan pakaian, dengan meliputi pelbagai bentuk kemahiran yang diingini oleh pengusaha fesyen.

Ketua Unit / Pegawai Penyelaras :

Bil. Nama Jawatan E-Mel
1 ZALEHA BINTI CHE MAH PENSYARAH DH41 Alamat e-mel ini dilindungi daripada spambots. Anda perlukan JavaScript diaktifkan untuk memaparkannya.

 

Unit Fesyen

Kongsi Artikel Ini

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google BookmarksSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
QR Code

MESRA MOBILE

Imbas Kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk capaian mobile.