logo-kkjeli

Logo Icons

Jumaat, 19th Julai 2019/8:21:13 Petang

Sijil Fesyen & Pakaian

Sinopsis untuk SIJIL KOLEJ KOMUNITI SKK (M) di dalam Pakej Program Bidang Latihan adalah seperti berikut :-

  • SLI LATIHAN INDUSTRI (4 Bulan)

    Pelajar akan diberi pendedahan tentang alam pekerjaan di mana-mana agensi yang berkaitan.

  • MODUL 1 - ASAS FESYEN (4 Bulan)

    Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Di samping itu, peserta mengikut proses kerja bagi penghasilan hiasan-hiasan pada pakaian yang telah dijahit. Modul ini memperkenalkan kepada peserta beberapa jenis jahitan asas sulaman benang, sulaman manik dan labuci, sulaman smocking, sulaman mesin serta sulaman riben.

    Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi akan diaplikasi untuk menghasilkan hiasan pada pakaian dengan lebih kreatif dan dapat menyumbangkan nilai daya saing dalam dunia fesyen. Pemilihan dan kombinasi warna benang dan fabrik amat penting dalam menghasilkan rekaan-rekaan sulaman pada sehelai pakaian.

     

  • MODUL 2 - PEMBUATAN PAKAIAN 1 (4 Bulan)

    Peserta akan diberi pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai kaedah menghasilkan pakaian. Penghasilan pakaian pada masa kini mendapat banyak permintaan dalam bidang perniagaan. Oleh yang demikian, penekanan akan diberikan terhadap kaedah-kaedah yang betul untuk menghasilkan pola pakaian, pemotongan fabrik serta menjahit pakaian.

    Peserta akan mengikuti proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, pengunaan alat dan bahan, seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya.

  • MODUL 3 - PEMBUATAN PAKAIAN 2 (4 Bulan)

    Dalam modul ini, peserta akan diajar tentang pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Disamping itu, peserta akan didedahkan kepada kemahiran menghasilkan pakaian mengikut perkembangan terkini fesyen masa kini.

    Pendedahan teori dan amali akan diberikan berkaitan kaedah-kaedah membuat pola, potong fabrik serta menjahit pakaian.

  • MODUL 4 - PEMBUATAN PAKAIAN 3 (4 Bulan)

    Peserta akan diberikan pengetahuan dan kemahiran secara teori dan amali mengikut proses kerja sebenar mengenai cara-cara pengumpulan data, penggunaan alat dan bahan seni reka serta konsultasi fesyen yang menjurus kepada ciri-ciri usahawan berjaya. Selain itu, peserta akan didedahkan dengan kemahiran membuat pola pakaian, potong fabrik dan menjahit pakaian dengan menggunakan teknik dan kaedah yang betul.

     

  • 1

Kongsi Artikel Ini

Submit to DeliciousSubmit to DiggSubmit to FacebookSubmit to Google BookmarksSubmit to StumbleuponSubmit to TechnoratiSubmit to TwitterSubmit to LinkedIn
QR Code

MESRA MOBILE

Imbas Kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk capaian mobile.