logo-kkjeli

Logo Icons

Khamis, 23rd Mei 2019/1:10:45 Petang

Soalan Lazim

Sila pilih kategori soalan anda

Carian Soalan Lazim

Ada 3 kaedah memohon menjadi pelajar sepenuh masa kolej komuniti. Anda bebas memilih mana-mana satu kaedah.

 

  1. Permohonan melalui UPU secara ONLINE
    Iklan kemasukan dikeluarkan dalam akhbar pada awal tahun.
    Tempoh membuat permohonan adalah dari bulan Januari hingga April.
    Pemohon perlu mendapatkan nombor PIN terlebih dahulu dari Bank Simpanan Nasional dengan harga RM 10.60.
    Pemohon perlu melayari http://upu.mohe.gov.my/
    Penuhkan data permohonan.
    Keputusan permohonan akan dimaklumkan secara ONLINE
  2. Permohonan secara ONLINE melalui e-pengambilan kolej komuniti pada link berikut:
    http://online.kkkla.edu.my/eBorangKK/default_xie.asp
  3. Secara Datang Sendiri (walk-in)
    Kami juga menerima pemohon-pemohon yang datang secara peribadi ke kolej komuniti.

Bukan! Kolej Komuniti adalah sebuah IPT Awam.

Kolej Komuniti menawarkan 2 jenis kursus :

 

  1. Kursus Jangka Pendek
  2. Sijil Modular Kebangsaan (SMK)

Sijil Kolej Komuniti adalah sijil yang memenuhi standard JPA/ MQA. Pelajar perlu 'terampil' (lulus) semua SMK berkaitan dan mempunyai sijil SPM untuk dianugerahkan Sijil Kolej Komuniti.Sijil Modular Kebangsaan (SMK) pula adalah sijil yang dianugerahkan bagi pengajian kursus kemahiran bermodular (3-6 bulan). SMK dianugerahkan sebagai bukti kemahiran pelajar dalam sesuatu bidang kemahiran yang diambil.

Ya! Sijil Kolej Komuniti diiktiraf oleh JPA/ MQA.
Sijil Kolej Komuniti yang bakal dianugerahkan kepada lulusan Sijil Modular Kebangsaan pula sedang dalam proses pengiktirafan.
Sijil Modular Kebangsaan pula adalah sijil pengesahan kemahiran (terampil) sahaja.

Tiada tempoh maksimum pengajian di Kolej Komuniti. Tempoh pengajian Kursus Modular (SMK) adalah diantara 3-6 bulan (bergantung kepada jenis SMK). Oleh itu tempoh minimum untuk memperoleh Sijil Kolej Komuniti pula adalah 2 tahun.

Yuran RM10/ bulan dikenakan bagi setiap tempoh pengajian SMK.

Tidak! Walaubagaimanapun, pihak kolej boleh mambantu pelajar mencari rumah sewa berdekatan.

Pengajian dijalankan dalam bentuk teori dan latihan praktikal.

Lulusan Kolej Komuniti boleh bekerja di sektor Awam (kerajaan), swasta, atau bekerja sendiri (usahawan) selepas tamat pengajian.

* Bagi pemegang Sijil Kolej Komuniti sahaja. Lulusan Sijil Modular tidak layak memohon kerja di sektor awam.

QR Code

MESRA MOBILE

Imbas Kod QR ini dengan telefon pintar anda untuk capaian mobile.